Wednesday, June 17, 2009

Sehari di Hospital Veterinar KL

Hari ni aku cuti sebab nak bawa Nit-Nit & Nony pergi Veterinar untuk suntikan vaksin & their 3 months Deworm routine. Not-Not tak ada follow-up sbb vaksin dia due 21.1.2010. Tgh fikir samada nak neutering diaorang atau tak. Tak sampai hati nak hilangkan perasaan kekucingan diaorang, tapi Not-Not nie ganasnya ya amat. Kesian Nit-Nit kena cakar tiap hari, Dr pelatih tu pun geram tgk badan Nit-Nit banyak luka-luka & calar balar. Terpaksa cukur bulu dia dekat area yang luka tu untuk elakkan sebarang jangkitan


Ruang menunggu giliran.

.
Gambar nie diambik dalam kereta kak epah (kakak) on the way nak balik umah. Nit-Nit buat muka seposen, Nony buat muka tak bersalah dia.

Hasil daripada kekejaman Not-Not terhadap Nit-Nit.


Akulah si Not-Not.. apa tengok2 nak kena cakar ke?

Bawah nie gambar 1st time bawa diaorang gi Veterinar, tak beli kandang lagi
waktu tu. Letih pujuk keluar dari bawah seat kereta.



Semoga Nit-Nit lekas sembuh ... aja-aja fighting!!


Siapa-siapa yang nak gi Hospital Veterinar KL, alamatnya seperti tertera di bawah:

DEPARTMENT OF VETERINAR SERVICES,
FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR,
KM 4, JALAN SELAR 4, OFF JALAN CHERAS.
56100. KUALA LUMPUR.

WAKTU RAWATAN
ISNIN - RABU (8:45 PG - 12:00 THG) (2:15 PTG - 3:30 PTG)
KHAMIS - JUMAAT (8:45 PG - 12:00 PTG)


PENDAFTARAN TUTUP
PAGI 11:30 PAGI
PETANG 3:30 PTG


PETA


pst.. staf-staf dia ok especially kakak jaga cashier tu, kos rawatan tak semahal klinik swasta.
Skrg nie byk budak2 UNIMAS, siap pkai jubah dr lg. Tgh buat praktikal kot
..

0 comments: